
Semasa pembentangan Bajet 2023 yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebentar tadi, beliau mengumumkan bahawa “kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal B2.”
Perkara ini terletak di dalam fokus keempat keseluruhan Bajet 2023, yang memberi tumpuan kepada golongan belia, dan dibuat bagi membantu kumpulan B40 khususnya belia menjana pendapatan melalui perkhidmatan yang berkaitan dengan motosikal seperti penghantaran makanan.
Seperti yang boleh anda lihat dalam kenyataan yang dikeluarkan, bayaran yang ditanggung hanya adalah untuk ujian lesen B2 (motosikal tidak melebihi 250 cc) sahaja, dan ini bermaksud kos lain seperti kelas dan pendaftaran perlu dibayar sendiri oleh pemohon. Ia adalah berbeza berbanding system myPSV, di mana “kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing.”
Berkenaan khidmat penghantaran bermotosikal, skim TEKUN Belia Mobilepreneur diteruskan lagi dengan kos RM10 juta. Melihat kepada perincian skim sama sebelum ini, ia melibatkan pembiayaan sehingga RM10,00 bagi setiap permohonan, dengan kadar faedah empat peratus setiap tahun dan tempoh bayaran balik antara satu hingga tiga tahun.

What to Do When Your Van Breaks Down: Insights from Breakdown Cover Experts
The Importance of Car Maintenance
F1 Review: Miami 2023 – Double Apex
From the NewsVroom: New Nissan GT-R, Audi Activesphere, BMW M3 CS
How To Adjust LED Headlight Bulbs?
Smart budgeting strategies for tradespeople
Exploring New Car Ratings: A Comprehensive Insight into Automotive Excellence
Vintage Ring Settings Loved by London Couples